Gelaran, gaya, dan anugerah Lady Louise Windsor

Gelaran dan gaya

    Maklumat selanjutnya: Mountbatten-Windsor

Louise mendapat gaya panggilan Lady Louise Mountbatten-Windsor walaupun surat paten yang dikeluarkan pada tahun 1917 memberikan status putera dan gaya Royal Highness (Duli Yang Maha Mulia) kepada semua anakanda lelaki raja. Apabila bonda dan ayahandanya berkahwin, Istana Buckingham mengumumkan bahawa anak-anak mereka akan digayakan sebagai anak seorang earl, bukannya sebagai putera atau puteri.[22] Oleh itu, komunikasi mahkamah merujuknya sebagai Lady Louise Windsor.[23] Pada tahun 2020, Countess Wessex dan Forfar menyatakan bahawa Louise dan adindanya James mengekalkan gelaran dan gaya diraja mereka dan akan membuat pilihan sama ada untuk menggunakannya apabila masing-masing mencapai umur 18 tahun.[24]

Anugerah

Pada Jun 2008, untuk mengiktiraf lawatan ayahandanya ke wilayah Manitoba di Kanada, Leftenan Gabenor Manitoba menamakan sebuah tasik di utara wilayah itu sempena nama Louise.[25]

Rujukan

WikiPedia: Lady Louise Windsor http://www.debretts.com/people/royal-family/royal-... http://www.huffingtonpost.com/will-bower/prince-ge... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/3240966.stm http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/n... https://abcnews.go.com/International/News/queen-el... https://www.goodhousekeeping.com/uk/news/a34092415... https://people.com/royals/queen-elizabeths-grandch... https://news.sky.com/story/who-is-at-the-queens-ju... https://www.tatler.com/article/lady-louise-windsor... https://www.tatler.com/article/platinum-party-at-t...